Pilihan Kami Tips

Lima Tempat Lain Yang Sesuai Untuk Bermain Permainan Video Selain Di Rumah

Diolah oleh hang92

Jika dahulu kita hanya menikmati permainan video melalui konsol yang dihubungkan dengan televisyen atau monitor, tapi kini dengan mudahnya, sesiapa saja boleh bermain permainan video berkualiti sama seperti konsol melalui pelbagai platform seperti smartphone atau konsol bimbit.

Apabila berbicara tentang tempat untuk bermain permainan video, sedar atau tidak rupanya kelima-lima tempat ini sering anda jadikan tempat untuk anda bermain permainan video.

1. Kafe / Restoran Mamak

Image result for mamak malaysia

Kafe / restoran mamak merupakan salah satu tempat untuk anda berkumpul dan bergaul dengan rakan-rakan, tambah lagi jika anda merupakan daripada golongan remaja yang kebanyakkan kami lihat sedang asyik bermain dengan Mobile Legends.

Hampir tiap kafe / restoran mamak yang menyediakan kemudahana wifi dengan kelajuan yang agak ok walaupun tidak berapa laju. Jadi sekiranya anda adalah seorang pengunjung kafe / restoran mamak yang setia, tempat manakah yang anda akan cadangkan kepada rakan-rakan anda untuk bermain?

2. Kenderaan Awam

Image result for komuter malaysia

Bagi yang memilih untuk tidak menggunakan kenderaan sendiri dan memilih untuk menaiki kenderaan awam ke tempat kerja atau destinasi lain, pasti banyak masa terluang kerana jurang perjalanan ke destinasi seterusnya akan memakan masa. Apa anda akan buat sekiranya anda berada di dalam kenderaan awam secara berseorangan?

Pada waktu inilah kebosanan akan melanda dan tentunya pengubat bagi masalah ini adalah dengan bermain permainan video. Walaupun risiko untuk jaringan internet yang tidak stabil namun anda disarankan untuk bermain dengan permainan video yang tidak menggunakan data internet yang terlalu besar.

3. Pejabat / Kampus / Sekolah

Image result for playing games at work

Menjalani rutin seharian seringkali membuatkan otak anda menjadi sangat penat. Hampir sebahagian besar waktu manusia dihabiskan ketika waktu belajar, bekerja, atau melakukan tanggungjawab lain yang memeras besar otak anda.

Salah satu cara untuk menghilangkan kepenatan tersebut adalah dengan bermain permainan video.

4. Tandas

Image result for playing games at toilet

Tak payah nak tipu, siapa yang tidak pernah membawa gajet sewaktu ingin meluangkan masa di dalam tandas? Kebiasaan amalan ini dilakukan semasa perut memulas dan cepat-cepat anda capai gajet sebagai penyediaan sebelum membuang air besar.

Ramai di antara kita yang mengakui bahawa bermain permainan video di tandas lebih menajamkan fikiran dan meningkatkan fokus anda kepada permainan tersebut. Alasan utama adalah kerana suasana yang sunyi dan tiada orang yang mengganggu. Agak masuk akal juga.

5. Bilik Tidur

Image result for playing games at bed

Untuk tempat yang satu ini masih belum ada lawannya. Sebagai ruang peribadi kita, pastinya tempat ini memberi dan menyediakan fasiliti yang paling baik. Baik pada sambungan internet, keempukan tilam, suhu yang dingin dan sebagainya.

Untuk sesetengah pemain di luar sana, sebuah bilik tidur boleh menjadi dunianya sendiri. Mereka sanggup bermain permainan video seharian tanpa memikirkan apa yang terjadi di luar.


Kesimpulan

Pada masa kini, bermain permainan video bukan sahaja hanya terpaku di hadapan televisyen di rumah sahaja, terdapat juga tempat lain untuk anda bermain permainan video tambah-tambah lagi jika anda merupakan pemilik bagi konsol bimbit seperti PS Vita, Nintendo 3DS, Nintendo Switch dan sebagainya.

Jadi, kalau anda sendiri, manakah tempat kegemaran anda untuk bermain dengan permainan video selain di rumah? Kongsikan pengalaman anda dengan kami.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Serial Cleaner: Bermain Sebagai Tukang Cuci Tempat Pembunuhan

1001 Journeys Of A Hero : Permainan Hasil Kreativiti Anak Muda Tempatan

Bercuti Sambil Bermain Permainan Video Di i-Hotel

Kenali Pilihan Platform Permainan Video Yang Ada Untuk Anda

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.