Berita

Logitech Membeli Majoriti Saham Astro Gaming

Diolah oleh hang92

Syarikat berdasarkan teknologi komputer, Logitech telah mengumumkan bahawa syarikat itu telah memperoleh sebahagian besar saham Astro Gaming lalu menjadikan Logitech sebagai pemilik kepada Astro Gaming. Perolehan dikhabarkan bernilai lebih dari $85 juta (~RM 364 juta) di dalam aliran tunai.

Tujuan pemerolehan ini dinyatakan oleh Logitech sebagai langkah untuk mengembangkan lagi pasaran permainan konsol di dunia dan sebagai langkah masa panjang oleh perniagaan dari Logitech.

Timbalan Presiden Logitech, Ujesh Desai telah menyatakan sesuatu tentang pemerolehan ini:

“ASTRO merupakan syarikat yang terulung dalam pasaran fon kepala untuk permainan konsol dan fon kepala dari syarikat ini lebih dipercayai oleh golongan atlet esukan profesional. Logitech G memfokuskan pasaran pada permainan di PC dan kami sangat teruja dengan penggabungan ini. Bersama, kami akan menjadikan permainan lebih menyeronokkan kepada pengguna di mana sahaja mereka berada”

Logitech Acquires Astro Gaming - Logo

Logitech juga pernah membeli syarikat teknologi lain ‘untuk mengembangkan syarikatnya’. Antara syarikat yang pernah dibeli oleh Logitech adalah seperti Ultimate Ears, Jaybird, and Saitek.

Mengikut Desai lagi, Astro akan terus dijual sebagai entiti berasingan daripada Logitech dimana Logitech akan kekal memfokuskan produk terhadap PC dan Astro pula pada konsol.

Apa yang kami lihat, sebab Logitech untuk mengembangkan dan ‘pelan jangka masa panjang’ adalah langkah yang proaktif. Cuma langkah ini kami lihat sebagai suatu langkah untuk menyisihkan produk pesaing. Anda masih ingat lagi langkah Facebook dengan membeli Whatsapp dan Instagram?

sumber: GamesRant

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.