Berita

Lost Sphear : JRPG Seterusnya Daripada Square Enix

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Permainan RPG seterusnya daripada Square Enix adalah Lost Sphear, dan dibangunkan oleh pembangun I Am Setsuna. Ia akan dilancarkan pada awal tahun 2018.

Lost Sphear mengambil inspirasi dari gaya JRPG klasik dan tema permainan yang serupa dengan I Am Setsuna, yang dibangunkan oleh Tokyo RPG Factory.

Tokyo RPG Factory adalah studio pembangunan permainan baru yang diasaskan oleh Square Enix, dikhaskan untuk membangunkan semula JRPG berciri klasik untuk konsol moden.

Di dalam Lost Sphear, protagonis – seorang budak yang bernama Kanata – sedang dalam pengembaraan untuk menyelamatkan kampungnya yang hilang. “Untuk menghentikan dunia daripada hilang selama-lamanya,” petikan dari satu kenyataan akhbar.

Lost Sphear akan dilancarkan secara digital untuk PS4, Nintendo Switch, dan PC pada awal tahun 2018.

Square Enix juga menawarkan kuantiti yang terhad untuk salinan fizikal PS4 dan Nintendo Switch melalui kedai atas taliannya.

Sumber : polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.