Berita

Mafia III: Stones Unturned Sudah Boleh Dimuat Turun Di PS4, Xbox One Dan PC

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Stones Unturned, pengembangan cerita utama kedua untuk Mafia III, kini boleh dimuat turun di PS4, Xbox One dan PC.

Stone Unturned menampilkan jalan cerita baru di mana Clay bergabung dengan Donovan untuk mengesan pengkhianat Connor Aldridge yang pernah meninggalkan Donovan untuk menghadapi kematian.

Aldridge telah muncul semula dengan pembunuh-pembunuh upahan untuk melindungi dirinya, dan kini Clay dan Donovan perlu berjuang bersama-sama untuk menamatkan riwayat Aldridge.

DLC ini turut memperkenalkan senjata berat baru, kenderaan turet, sokongan sniper, dan ganjaran yang unik.

Mafia III: Stones Unturned boleh dibeli secara standalone atau sebahagian daripada Season Pass. Season Pass mengandungi ketiga-tiga pengembangan cerita.

Sumber : hardcoregamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysi