Berita

Mari Belajar Mengenai Empayar Majapahit Melalui Permainan Civilisation VI

Diolah oleh Konsol

Salah satu subjek yang paling dibenci oleh kami ketika masih dibangku sekolah ialah subjek sejarah. Ini kerana subjek sejarah ini terlalu panjang penghuraiannya dan membuatkan kelas menjadi bosan.

Tetapi bagi anda kini, pembelajaran sejarah mungkin akan menjadi lebih menarik dengan adanya permainan seperti Civilisation VI ini. Permainan Civilisation VI ini amat menarik kerana anda bukan sahaja akan disajikan dengan jalan cerita yang menarik, bahkan anda turut berpeluang untuk mempelajari serba sedikit mengenai sejarah dunia.

Pelbagai siri empayar terkenal dunia yang boleh anda kawal dan alaminya sendiri di dalam permainan ini, dan apa yang membuatkan ia kini lebih menarik kerana permainan Civilisation VI turut telah menyertakan empayar Majapahit didalam permainan ini.

Masihkah anda ingat bagaimana Parameswara dan orang-orangnya melarikan diri daripada pemerintahan emyapar Majapahit untuk membuka kota Melaka?

Jika anda masih ingat, permainan seperti Civilisation VI ini pasti akan menguatkan lagi ingatan anda mengenai sejarah di serata dunia.

Secara kasar, jika anda memainkan permainan ini dan mengawal empayar Majapahit, anda akan berada di zaman pemerintahan pemerintah ketiga di dalam empayar Majapahit iaitu Dyah Gitarja (Tribhuwana Wijayatunggadewi). Dyah Gitarja (Tribhuwana Wijayatunggadewi) ini adalah anak kepada Raden Wijaya dan ibu kepada pemerintah terkenal didalam sejarah iaitu Hayam Wuruk.

Jadi jika anda ingin mengulangkaji mengenai empayar Majapahit atau anda memang gemarkan cerita-cerita sejarah. Permainan Civilisation VI ini amat sesuai untuk anda mainkan.

Yang masih dibangku sekolah, jika anda bosan untuk membaca buku teks yang tebal seperti kami di konsol.my suatu ketika dahulu, apa kata anda mainkan permainan Civilisation VI, sekaligus anda juga boleh mengulangkaji mengenai topik sejarah anda melalui permainan ini. Bak kata perpatah “Sambil menyelam, minum air” 🙂

Sumber: kotaku

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.