Berita

Mari Lihat Pengawal Berlesen Baru Untuk PS4 ini

pengawal ps4
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Tiga pengawal PlayStation 4 yang telah dilesenkan secara rasmi telah didedahkan iaitu

  • Nacon Wired Compact Controller
  • @PLAY Wired Compact Controller
  • HORI Wired Mini Gamepad.

Jika anda ingin mencuba cara baru untuk memainkan PlayStation 4 anda, maka inilah masanya. Sony Interactive Entertainment mendedahkan tiga pengawal baru yang dilesenkan secara rasmi untuk konsol PS4 mereka.

Nacon Wired Compact Controller

Nacon Wired Compact Controller

Nacon Wired Compact Controller, yang mempunyai reka bentuk yang serupa dengan DualShock 4 asal, tetapi dengan butang yang lebih besar dan reka bentuk yang lebih ringkas. Pengawal ini akan mempunyai 5 pilihan warna iaitu Jingga, Biru, Hitam, Kelabu, dan Merah, dan akan hadir ke pasaran pada November ini.

@PLAY Wired Compact Controller

@PLAY Wired Compact Controller

@PLAY Wired Compact Controller, mempunyai d-pad dan kayu ria yang mengingatkan kita kepada Xbox 360. Ianya boleh didapati dengan pilihan warna Biru, Merah, Putih, dan Kelabu, dan akan berada di pasaran pada Disember.

HORI Wired Mini Gamepad

HORI Wired Mini Gamepad

Akhirnya sekali adalah HORI Wired Mini Gamepad, yang mempunyai reka bentuk yang sangat padat. Bukan sahaja pengawal ini bersaiz agak kecil, tetapi juga pad sesentuh, dan butang juga direka untuk tangan yang kecil. Pengawal kecil ini hanya boleh didapati dalam tiga warna, Hitam, Biru, dan Merah, dan boleh didapati di pasaran mulai dari 9 November 2017.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.