Ulasan

Mari Saksikan Evolusi Sepakan Percuma Christiano Ronaldo Dari FIFA 04 Hingga FIFA 17

Diolah oleh Konsol

Pemenang Anugerah Ballon D’or bagi tahun ini pastinya menjadi milik penyerang sensasi Real Madrid iaitu Christiano Ronaldo untuk sekali lagi.

Masakan tidak prestasi beliau cukup mengancam bagi edisi 2016/2017 ini sehingga membuatkan pemain lain boleh mengigit jari. Dari satu kejohanan ke satu kejohanan, beliau telah membuktikan mengapa beliau boleh bergelar pemain terbaik dunia untuk sekali lagi tahun ini.

Tetapi adakah anda tahu, setiap kejayaan tidak datang bergolek dengan mudah. Ianya memerlukan satu tahap dedikasi dan keazaman yang tinggi bagi sentiasa memperbaiki kebolehan dari segala sudut termasuk stamina, larian, kebolehan menggelecek dan juga kualiti sepakan percuma.

Jika anda perhatikan gaya sepakan percuma milik bintang Christiano Ronaldo di dunia sebenar, ianya sentiasa berubah tahun demi tahun.

Dari sepakan percuma ala lencongan yang biasanya boleh dibuat oleh kebanyakan pemain, sehinggalah kepada sepakan bak peluru yang meluru laju menepati sasarannya seperti sepakan Knuckle.

Disebabkan itu, apabila pihak Electronics Arts (EA) membangunkan permainan bola sepak Fifa, mereka juga dilihat sering merevolusikan gaya sepakan percuma milik Christiano Ronaldo supaya ia sentiasa kekal relevan dengan apa yang dibuat oleh Christiano Ronaldo di dunia sebenar.

Mari kita saksikan video dibawah yang menunjukkan bagaimana pihak Electronics Arts (EA) telah merevolusikan sepakan percuma Christiano Ronaldo dari permainan video FIFA 2004 sehinggalah FIFA 2017.

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang video revolusi ini? Sila tuliskan pendapat di ruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Kredit kepada Video Games Evolution untuk video revolusi sepakan percuma Christiano Ronaldo ini.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.