Berita

Mari Saksikan Trailer Terbaru Dragon Ball Z Yang Memperkenalkan Watak Nappa

Diolah oleh Konsol

Masihkah anda ingat ketika Bezita turun ke bumi untuk mencuri dragon ball, Bezita datang bersama-sama rakan baiknya iaitu Nappa?

Ketika pertempuran sengit berlaku di antara benteng terakhir bumi ketika itu seperti Picollo, Gohan, Yamu, Ten Shi Han dan Kurin dengan Nappa, memang tidak dinafikan lagi Nappa adalah antara watak penjahat paling “Badass” yang pernah kami tonton didalam siri Dragon Ball.

Disebabkan watak Nappa mempunya karakteristiknya yang tersendiri juga mempunyai peminat yang ramai. Pihak Bandai Namco nampaknya tidak teragak-agak untuk memasukkan sekali watak Nappa didalam permainan Dragon Ball Fighter Z yang bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 bagi konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Tanpa berlengah lagi mari kita saksikan video trailer terbaru yang memperkenalkan watak Nappa didalam permainan Dragon Ball Fighter Z ini nanti.

Selepas anda menonton video diatas, adakah anda rasakan yang watak Nappa masih lagi super “Badass”? Bagi kami, melihat video trailer ini sahaja membuatkan kami amat teruja untuk menggunakan watak Nappa nanti. Boleh juga kami buat kuasa picit dua jari yang popular ketika kami masih lagi di bangku sekolah hehehe…

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia