Berita

Marvel Heroes Omega : Membawa Guardians of the Galaxy, X-Men, Avengers, Dan Banyak Lagi Ke PS4 dan Xbox One

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Gazillion Entertainment akhirnya telah mengumumkan, Marvel Heroes Omega akan dikeluarkan untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Untuk pengetahuan anda, Marvel Heroes asalnya dikeluarkan di platform PC pada tahun 2014. Walaupun pelancaran permainan ini ketika itu berhadapan dengan beberapa masalah, pasukan pembangun membuat penambahbaikan yang berterusan hinggalah reputasi baik permainan ini meningkat dengan mendadak.

Marvel Heroes Omega boleh dikatakan permainan yang agak mencabar. Seperti yang dinyatakan oleh pengurus komuniti David Lee – “diinspirasikan daripada gabungan action-RPG dan MMO, menjadikannya gabungan yang benar-benar unik yang menyajikan aksi lasak tanpa henti dan tahap perkembangan permainan tanpa had!”

Lihat treler pengumuman di bawah:

Marvel Heroes Omega menawarkan pemain untuk menghabiskan beratus-ratus jam dalam permainan, salah satu permainan terbesar Super Heroes. Ditambahkan lagi dengan lokasi yang terkenal seperti Hell’s Kitchen dan alam mistik Asgard.

Permainan ini akan mempunyai 9 Bahagian di mana pemain akan berhadapan dengan watak-watak jahat terkenal dalam siri Marvel.

Bagi kami, bermain menggunakan jalan cerita dalam permainan adalah baik tetapi adalah lebih baik jika permainan  ini boleh dimainkan seperti permainan atas talian yang lain.

Kami berpendapat Marvel Heroes Omega perlu dimainkan bersama pemain-pemain di atas talian yang lain – dimana pemain boleh bergabung tenaga dengan rakan-rakan Super Heroes dengan pelbagai kuasa unik untuk bersama-sama menempuhi halangan yang mencabar.

Setakat ini masih belum ada tarikh pengeluaran yang sah, tetapi dijadualkan di antara bulan April dan Jun tahun ini.

Sumber: Playstation Blog

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.