Berita

Marvel Powers United VR: Bermain Sebagai Hero Marvel Hanya Di Oculus Rift

Diolah oleh hang92

Marvel telah mengumumkan bahawa permainan versi realiti maya mereka yang diusahasama dengan Oculus Studios dan Sanzaru di D23 Expo dimana permainan itu bertajuk Marvel Powers United VR. 

Permainan ini akan meletakkan pemain pada posisi watak Marvel kegemaran mereka daripada sudut pandangan pertama. Treler permainan ini turut dilancarkan sekali dimana ianya menampilkan hero seperti Rocket Racoon, The Incredible Hulk, dan Captain Marvel.

Marvel Powers United juga akan menampilkan mod sehingga 4 orang pemain boleh bekerjasama serentak di dalam multiplayers. Pemain akan dapat berlawan dengan musuh terkenal di dalam Marvel, pelbagai misi dan bersaing untuk markah tertinggi.

Banyak lagi watak hero lain akan diperkenalkan kelak di San Diego Comic Con pada awal Ogos.

Marvel Powers United VR akan hanya boleh didapati secara eksklusif di Oculus Rift.

sumber: dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.