Berita

Marvel vs Capcom: Infinite Akan Ditambah Watak Ultron, Rocket Raccoon, Chris Redfield dan Banyak Lagi

Diolah oleh hang92

Pertempuran paling sengit antara watak-watak komik Marvel dan Capcom akan muncul sekali lagi pada 19 September, iaitu tarikh permainan Marvel vs Capcom: Infinite akan dilancarkan.

Image result for Marvel vs Capcom: Infinite

Sebagai sebahagian daripada publisiti permainan ini, penerbit permainan telah mengesahkan bahawa lapan watak-watak baru akan menyertai permainan ini iaitu: Strider Hiryu, Chun-Li, Chris Redfield, Hulk, Thor, Hawkeye, Rocket Raccoon, dan Ultron.

Ini menjumlahkan sebanyak 14 watak sehingga sekarang, watak asal adalah seperti Ryu, Morrigan, Mega Man X, Captain America, Iron Man dan Captain Marvel adalah watak yang sudah disahkan.

marvel_scr_2.jpg

Sebuah treler permainan ini telah mendedahkan penjahat utama permainan ini: Ultron Sigma, gabungan antara antara penjahat Marvel dan antagonis dari siri Mega Man X .

Malangnya, penerbit masih lagi menggunakan taktik lama, mereka mengumumkan bahawa anda akan dapat bermain sebagai Sigma jika anda membeli Season Pass

Anda akan mendapat Season Pass dengan pembelian permainan Edisi Deluxe. Versi ini juga dilengkapi dengan beberapa pakaian tambahan: Gladiator Hulk dan Command Mission X.

sumber : pushsquare

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.