Berita

MARVEL VS. CAPCOM: INFINITE: Dua Treler Terbaru Memperkenalkan Thanos, Dante, Black Panther Dan Ramai Lagi

Diolah oleh hang92

Dua treler terbaru untuk Marvel vs Capcom: Infinite diperkenalkan semasa persidangan E3 2017, memberikan peminat banyak sebab untuk menjadi sangat teruja.

Treler ini menunjukkan bahawa permainan ini akan melibatkan perebutan Infinity Stones, treler juga menunjukkan pelbagai watak yang boleh dimainkan, seperti Dante, Arthur, Zero, Spencer, Gamora, Doctor Strange, Thanos dan Nova.

Pemain juga boleh menggunakan enam watak tambahan dan pakaian dengan membeli Deluxe Edition dimana anda akan mendapat watak Black Panther sebagai salah seorang daripada watak tersebut.

Saksikan treler di bawah dan beritahu kami apa yang anda fikirkan

Marvel vs Capcom: Infinite boleh mulai didapati pada 19 September 2017.

sumber: comicbookmovie

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.