Berita

Marvel Vs Capcom: Pembikin Perlu Membaiki Wajah Chun Li Yang Hodoh

Diolah oleh Konsol

Sekiranya anda telah pun melihat permainan Marvel vs Capcom Infinite, anda mungkin perasan dimana watak Chun-Li kelihatan tidak lagi begitu cantik dan mengancam seperti sebelum ini.

Gambar 1: Wajah Chun-Li didalam permainan Marvel Vs. Capcom Infinite

Malah pengeluar permainan itu mengakui bahawa wajah Chun-Li yang tidak berapa cantik ini perlu diperbaiki dengan kadar segera.

Menurut sumber, pengeluar permainan Marvel Vs. Capcom Infinite ini iaitu Micheal Evans telah mengesahkan kehodohan wajah Chun-Li didalam permainan ini.

Micheal Evans telah mengakui bahawa wajah Chun-Li yang telah mendamaikan ramai peminat-peminat permainan video sejak 2 dekad yang lalu, telah kelihatan tidak betul dan perlu diperbaiki dengan kadar segera.

Micheal Evans juga menambah dengan berkata, “Apabila saya melihat wajah Chun-Li didalam permainan ini buat pertama kali, maka saya tidak lagi akan melihat wajahnya kerana saya geli dan jijik untuk melihat wajah Chun-Li ini”

Gambar 2: Wajah Chun-Li yang mengancam pada siri permainan terdahulu

Rumusan

Jadi apa kata anda? Adakah anda juga perasan dan setuju dengan perkara ini?  Adakah anda juga rasa nak termuntah apabila melihat wajah Chun-Li didalam permainan Marvel Vs. Capcom Infinite ini?

Kongsikan bersama kami, dan kepada pembaca-pembaca kami yang beragama Islam, SHRMZDB kami ucapkan ūüôā

Sumber: JustPushStart

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.