Berita

Marvel Vs Capcom: Watak Spider-Man, Haggar, Nemesis Dan Frank West Diperlihatkan

Diolah oleh Konsol

Marvel vs Capcom terus mempertontonkan treler permainan terkini yang memaparkan beberapa penambahan watak baru seperti Spider-Man, Haggar dari permainan Fight Final, Frank West dari permainan Dead Rising dan Nemesis dari permainan Resident Evil.

Selain daripada itu, didalam siri Marvel vs Capcom yang bakal hadir ini, watak gadis hijau dari siri Galaxy of Guardian iaitu Gamora juga akan turut serta menjadi salah satu watak di dalam permainan ini.

Seperti umum telah ketahui, permainan Marvel vs Capcom yang bakal dilancarkan ini adalah kesinambungan siri permainan pertempuran crossover dari pelbagai siri Capcom dan Marvel contohnya X-Men, Superman, Spider-Man, Street Fighter dan banyak lagi.

Salah satu mod cerita terbaru didalam permainan Marvel vs Capcom yang akan dilancarkan pada September 2017 ini ialah pahlawan dari alam Marvel dan Capcom akan melawan penjahat alam yang sangat hebat dan tidak terkalah iaitu Ultron Sigma.

Jom kita saksikan treler terbaru permainan Marvel vs Capcom ini dibawah. Seperti yang telah diterangkan di atas, permainan Marvel vs Capcom ini bakal menemui peminat pada 19 September 2017 dan akan menyokong platform seperti Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Sumber: GamingBolt

Apa pendapat anda mengenai video treler terbaru Marvel vs Capcom ini?

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda. Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.