Berita

Masalah Utama Xbox One X Ialah Harga, Bukan Jumlah Permainan – Micheal Pachter

Diolah oleh Konsol

Penganalisis permainan video terkemuka iaitu Micheal Pachter secara umum telah mengatakan bahawa beliau tidak yakin dengan angka jualan yang akan dicapai oleh konsol paling berkuasa daripada pihak Microsoft iaitu Xbox One X.

Baru-baru ini, Micheal Pachter telah menghadiri satu majlis temuramah bersama laman berita permainan video yang berpengkalan di eropah iaitu GamingBolt.

Didalam majlis tersebut, Michael Pacther telah berkata bahawa konsol terbaru Microsoft ini bakal memberi masalah kepada penjualannya bukan disebabkan oleh kurangnya jumlah permainan menarik yang akan menyokong konsol terbabit. Tetapi masalah itu akan hadir daripada harga jualannya yang bagi beliau sangat tinggi didalam pasaran permainan video ketika ini.

Tambah beliau lagi: “Bayangkan sebuah konsol dijual pada harga menghampiri $ 600 (RM 2570.10) pada ketika pasaran ekonomi dunia yang tidak begitu baik. Jadi bagi saya, ia akan mengakibatkan jumlah penjualan konsol Xbox One X ini akan sedikit perlahan dan kurang mendapat sambutan.”

“Itu saya tidak katakan lagi faktor persaingan daripada pihak lain terutamanya Sony. Playstation 4 Pro pun hanya dijual separuh daripada harga yang ditawarkan oleh Xbox One X. Bagi saya ramai yang akan berkira-kira untuk memiliki konsol lain sebelum membeli konsol terbaru keluaran Microsoft ini”

Rumusan

Ada benar juga pendapat daripada pundit permainan video ini. Yelah didalam zaman kegawatan ekonomi seperti ini, bukan semua orang boleh berbelanja besar, lebih-lebih lagi untuk membeli sesuatu yang lebih dianggap sebagai hobi.

Mungkin dengan penjelasan seperti ini oleh pihak ketiga, pihak Microsoft bolehlah mengkaji dan menyelaras semula harga yang dicadangkan oleh mereka untuk jualan konsol paling berkuasa ini.

Itu pendapat Micheal Pachter, pendapat anda bagaimana pula? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.