Berita

McLaren & Logitech : Bakal Menganjurkan Pertandingan World’s Fastest Gamer

Diolah oleh Konsol

Ini adalah peluang anda untuk memenangi pekerjaan terbaik dalam E-Sukan!

Mclaren dan Logitech adalah 2 nama yang tidak asing lagi di dalam industri permotoran dan perkakasan komputer.

Bagi Mclaren, rakyat marhean mana yang tidak pernah mengimpikan untuk memiliki jentera mereka yang mengancam.

Selain dari itu, daripada 10 orang di kalangan kami, kami yakin sekurang-kurangnya seorang pasti pernah memiliki barangan keluaran Logitech setidak-tidaknya sebuah tetikus gigi biru (bluetooth).

Begitulah ungkapan yang boleh dibuktikan bertapa hebatnya 2 syarikat gergasi ini telah membina nama mereka di dalam industri yang mereka ceburi.

Walaupun telah mempunyai nama yang gah, tetapi nampaknya 2 syarikat ini tidak mahu ketinggalan kepada persaing lain seperti Paris Saint-Germain dan Manchester City.

Anda semua sedia maklum bahawa kebanyakan kelab dan orang perseorangan telah giat melabur di dalam industri E-Sukan.

Oleh kerana itu, baru-baru ini McLaren dan Logitech telah mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk menganjurkan pertandingan perlumbaan permainan video yang dinamakan World’s Fastest Gamer.

Di dalam pertandingan ini, para pemain video perlumbaan terbaik akan dihimpunkan, dan meraka akan berentap untuk menjadi seorang juara.

Pertandingan ini tidak hanya terhad pada satu platform, bahkan para permain juga mestilah membuktikan kehebatan mereka untuk berlumba pada kesemua platform perlumbaan yang ada sekarang.

Selain dari itu, para permain bukan sahaja akan diuji dari segi kehebatan berlumba, tetapi mereka juga akan menguji sejauh mana pengetahuan anda berkaitan kejuruteraan perlumbaan, kebolehan bekerja sebagai sebuah pasukan dan yang paling penting anda mestilah mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal.

Huh mencabarkan!

Mestilah pertandingan ini mencabar, kerana ganjarannya adalah sangat lumayan. Di mana, bakal pemenang bagi pertandingan ini akan ditawarkan kontrak esklusif daripada McLaren sendiri untuk tempoh setahun.

Dengan kontrak ini, secara tidak langsung anda akan menjadi sebahagian daripada McLaren Racing Team dan anda akan ditugaskan untuk membangun dan menambah baik jentera perlumbaan McLaren yang kini dipandu oleh Fernando Alonso dan Stoffel Vandoorne.

Rumusan

Kalau dulu kita hanya berangan untuk memiliki jentera McLaren, tetapi kini anda mempunyai perluang yang lebih hebat dengan menjadi sebahagian daripada pasukan perlumbaan McLaren. Wah bestnya 🙂

Jadi, jika anda masih tidak mempunyai azam atau matlamat untuk tahun 2017 ini, apa kata anda memasang niat untuk memenangi pertandingan ini dan mula berlatih sekarang.

Sumber: McLaren

Bonus

Tiada tempat berlatih? Jangan risau, baru-baru ini kami ada pergi ke sebuah studio permainan video HAX Gaming yang mempunyai kelengkapan simulator yang lengkap untuk anda berlatih permainan perlumbaan.

Harga untuk menyewa alat simulasi perlumbaan juga sangat berpatutan iaitu sekitar RM 5 untuk sejam sahaja. Murahkan, selamat berlatih 🙂

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.