Berita

Megaton Rainfall Akan Dilancarkan 26 September Ini Untuk PSVR

Diolah oleh hang92

Pada hari ini, syarikat pembangun permainan Pentadimensional Game telah melancarkan video treler terbaru permainan Megaton Rainfall VR, termasuk sekali dengan tarikh pelancaran permainan ini.

Megaton Rainfall akan dilancarkan serta dimainkan pada PlayStation VR (PSVR) mulai 26 September ini. Ini bermakna hanya tinggal sebulan setengah sahaja lagi.

Di dalam permainan ini, anda akan bermain sebagai adiwira yang mempunyai kelebihan untuk terbang dan anda dikhendaki untuk mengelilingi dunia dengan kebolehan anda itu dan menghentikan ancaman daripada makhluk asing. Nampak menarik bukan?

Anda harus berhati-hati sambil membunuh musuh yang menyerang anda kerana serangan anda sendiri boleh memusnahkan bangunan dan orang awam. Jadi ketepatan dan kejituan amat penting dalam permainan ini.

Semak keluar treler di bawah ini. Ada ura-ura menyatakan edisi bukan-VR juga akan turut dilancarkan kelak.

sumber: uploadvr

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.