Tips

Membidik Dengan Lebih Mudah Menggunakan Airdrop Gaming HipShotDot

Diolah oleh hang92

Pembuat aksesori permainan Airdrop Gaming sebenarnya telah melancarkan HipShotDot pada dua tahun lepas lagi. Cuma baru-baru ini sahaja produk mereka tiba-tiba menjadi popular.

Aksesori mereka adalah cukup mudah. Mereka menghasilkan titik berlampu merah di tengah-tengah skrin TV untuk permainan penembak orang pertama yang kononnya dicipta untuk membantu pemain membidik.

Alat ini digunakan untuk membantu pemain dalam mana-mana permainan penembak pertama, seperti Call of Duty atau Battlefield dengan memusatkan lampu di tengah-tengah skrin. Sebagai contoh, ia membolehkan pemain Battlefield, untuk menembak terus dari pinggul, from the hip tanpa perlu memfokus senjata untuk mencari pusat skrin, hal ini boleh membuang beberapa saat berharga anda di medan perang dan memberikan pemain masa tindak balas yang lebih cepat.

Produk yang dilancarkan ini dikatakan mendapat maklumbalas positif dari komuniti. Syarikat ini sedang mencari jalan untuk mengatasi kebimbangan pemain lain yang menganggap produk ini sebagai menipu.

“Kami boleh mengatakan bahawa ia bukan perisian, ia tidak akan menembak untuk anda,” katanya. “Anda perlu tahu cara bermain dan juga memerlukan kemahiran juga”

Anda boleh membeli alat ini pada laman web Amazon dengan harga USD 22.97 (~RM 98.95)

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.