Pilihan Kami Ulasan

Memperkenalkan Tomiwa Edun, Pelakon Dan Pemilik Suara Untuk Alex Hunter FIFA 17/18

Diolah oleh hang92

Pada tahun ini EA Sports secara rasminya telah melancarkan permainan bolasepak terhangat iaitu sambungan siri FIFA terbaru, FIFA 18, dan pada tahun ini kisah The Journey oleh Alex Hunter bersambung lagi untuk musim kedua.

Dikuasakan oleh enjin grafik Frostbit, EA kini telah mewujudkan mod terbaru ke dalam permainan FIFA 17/18 yang dikenali sebagai The Journey. Untuk pengetahuan anda, pemangkin untuk kejayaan jualan untuk FIFA dua tahun ini adalah kerana adanya mod terbaru The Journey ini dimana selain anda bermain bolasepak, anda juga mempunyai pilihan untuk bermain dengan mod karier ini.

The Journey ini mengisahkan tentang watak pemuda 17 tahun iaitu Alex Hunter dimana anda perlu membimbing dia untuk mencapai kejayaan di dalam kerjaya bolasepak. Anda akan mengawal dia dari segala aspek dari segi bermain bolasepak itu sendiri, temuramah selepas permainan, dan membuat keputusan pasukan manakah yang dia akan sertai selepas itu.

Jadi, Alex Hunter sebenarnya bukanlah watak pemain bolasepak sebenar di dunia realiti ini, namun dia sebenarnya adalah seorang pelakon yang berasal daripada Nigeria dan menetap di United Kingdom. Ikon kepada watak Alex Hunter ini diambil daripada wajah dan suara yang dipinjamkan oleh pelakon yang bernama Adetomiwa Edun.

Fifa 17

Adetomiwa Edun dilahirkan di Lagos, anak kepada ayah yang berketurunan Nigeria dan Ghana. Ibunya berasal daripada England. Dia berpindah ke United Kingdom pada umur 11. Meningkat dewasa, dia berjaya menempatkan diri ke dalam Christ’s College, Cambridge (Universiti Cambridge).

Pada penghujung semester, bapanya menggalakkan dia untuk menyertai perbankan, maka dia membuat keputusan untuk menjalani latihan industri dengan syarikat Citigroup. Selepas itu dia membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi Master of Philosophy, namun dia membatalkan hasratnya dan memohon untuk menyertai Royal Academy of Dramatic Art (RADA). – tempat bakat berlakonnya digilap dan ditemui.

Anda juga boleh mengikuti Tomiwa pada Twitter dan Instagram milik beliau

Saksikan sesi di sebalik tabir The Journey di bawah ini.

FIFA 17

FIFA 18

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.