Berita

Menariknya Rekabentuk Konsol Ataribox Ini

Diolah oleh Konsol

Hari ini genap kira-kira sebulan selepas pihak Atari mengumumkan konsol terbaru mereka yang dikenali sebagai Ataribox pada acara E3 2017.

Baca Juga: Selepas 3 Dekad, Atari Akan Kembali Dengan Konsol Terbaru

Nampaknya pihak Atari telah pun menunjukkan pandang pertama rekabentuk Ataribox yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Dari segi rekabentuk, ianya memang sangat menawan dan sedap dipandang kerana pihak Atari telah pun mengabungkan rekabentuk moden dan klasik pada konsol terbaru mereka ini, sesuai dengan nama Atari sendiri yang cukup gah dari zaman ke zaman.

Antara maklumat lanjut mengenai Ataribox ini, pihak Atari menyatakan bahawa konsol ini akan dilengkapi dengan 4 unit USB port beserta 1 output untuk HDMI, selain bakal menyokong kad memori sd.

Pihak Atari juga menambah dengan memberitahu, selain daripada permainan klasik Atari seperti Pong, Pacman, Space Invader dan Donkey Kong yang boleh dimainkan oleh pemilik Ataribox ini.

Ia juga boleh memainkan permainan moden yang akan dilancarkan oleh pihak Atari dengan pelancaran konsol ini nanti.

Rumusan

Bagaimana dengan rekabentuk Ataribox ini? Adakah anda tidak sabar-sabar lagi untuk memilikinya apabila ia dilancarkan kelak?

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang Ataribox ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: Polygon

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia