Pilihan Kami Ulasan

Mengenali Permainan Horizon : Zero Dawn

Diolah oleh hang92

Mari kita fikir sejenak apa yang Guerrilla Games mampu untuk melakukan, Mereka dengan berani telah melahirkan satu siri permainan baru dan memperkenalkan watak yang baru di mana anda tidak biasa dan tidak mengenali watak-watak ini. Tetapi jika anda memiliki PlayStation 4, maka anda wajib untuk membeli permainan ini.

Horizon Zero Dawn mengambil cerita, grafik, dan gameplay yang terbaik untuk setakat tahun ini untuk permainan eksklusif Playstation 4.

Baca disini untuk pra-ulasan tentang Horizon : Zero Dawn

Pengenalan

Horizon Zero Dawn menceritakan tentang Aloy, seorang gadis yang mencari tentang siapa dirinya dan bagaimana dia menyesuaikan diri dalam persekitaran yang dia dibesarkan ini.

Dibesarkan sebagai anak yatim, dia mencari kebenaran tentang keluarga asalnya dimana dia sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima tugasan tersebut.

Apa yang kami perasan, skrip yang ditulis sebenarnya agak lemah kekuatannya. Tetapi intonasi suara yang digunakan memberikan prestasi yang hebat apabila ianya dilakonkan oleh pelakon utama, Ashly Burch.

Ini membuatkan Aloy tampak menarik oleh kerana dibantu oleh suara tadi dimana semasa dalam pengembaraan Aloy adalah seorang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dan dibantu oleh beberapa sindiran Aloy membuat watak itu kelihatan hidup.

Misi Permainan

Misi utama dalam permainan ini dibina dengan baik dimana ia mengkhendaki anda untuk menerokai seluruh peta dalam yang disediakan, dan seperti biasa ada misi sampingan di perjalanan itu.

Walaupun ada misi kecil sampingan untuk cerita ini, namun ianya tidak menganggu misi utama dalam permainan ini. Anda perlu biasakan diri dengan berjalan ke sesuatu lokasi, membunuh sesuatu yang dicurigai, dan datang kembali pada titik permulaan adalah kelakuan biasa di Horizon.

Barang Pungut

Permainan ini juga menawarkan beberapa jenis koleksi yang boleh dipungut. Barang-barang ini menawarkan cerita dan sejarah dunia yang tersendiri atau boleh memberi manfaat kepada anda.

Anda boleh mencari peniaga yang sedia untuk membeli ini barang pungut ini dan mereka boleh membeli barang pungut anda dengan membayar kembali kepada anda, menjadikan ianya berbaloi untuk dipungut.

Hidupan Liar

Hidupan liar, manusia lain dan sudah tentu robot gergasi ini sebenarnya menambah perincian terhadap permainan dunia terbuka ini.

Apabila dalam pengembaraan, anda akan sering kali terserempak dengan hidupan liar kecil yang cuba untuk melarikan diri atau beberapa ekor Striders yang meragut berhampiran dengan anda.

Tetapi anda perlu berhati-hati agar Sawtooth dan Stalker tidak nampak kelibat anda kalau tidak kemungkinan anda akan mati dalam permainan tersebut.

Gajet 

Terdapat 26 jenis raksasa robot yang berlainan dan dengan menggunakan peranti Focus iaitu gajet yang dapat memberi anda maklumat sepanjang permainan.

Anda akan diberi cadangan dengan pelbagai cara untuk menewaskan raksasa robot ini.

Setiap perlawanan dengan berlainan raksasa robot ini adalah unik bergantung kepada berapa jauh anda meneroka dalam permainan ini, pastinya anda akan menghadapi sesuatu yang baru di sepanjang jalan untuk cerita utama.

Meneroka Peta

Kami cadangkan agar anda tidak melebih-lebih dalam menerokai kawasan dan biarkan sahaja pertemuan datang secara semula jadi sambil anda maju mengikut cerita utama.

Tindakan ini juga akan memberi anda lebih banyak perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja anda melengkapkan permainan ini.

Setelah credit-roll anda dengan mudah boleh memulakan kembali ke dalam dunia dan menyudahkan misi dan memungut koleksi yang tertinggal serta memburu binatang mana yang anda tidak memburu lagi.

Persekitaran

Semasa dalam permainan anda melalui bahagian runtuhan bangunan di tengah-tengah hutan, perkhemahan di padang pasir dan kawasan yang sejuk seperti di kawasan tundra Artik.

Ini memberi anda perasaan bahawa anda bermain di kawasan yang lebih besar daripada peta anda sebenarnya.

Persekitaran ini juga menawarkan cuaca yang dinamik, serta kitaran siang dan malam, Horizon menawarkan pengalaman yang amat mengasyikkan.

Kesimpulan

Dalam fikiran kami, Horizon pasti akan bersaing hebat untuk mendapatkan Permainan Tahunan 2017. Kerana kami percaya ianya adalah salah satu permainan yang istimewa yang ditawarkan kepada generasi ini.

Harapan kami adalah supaya permainan ini menjadi francais utama Sony. Guerilla Games telah berjaya membikin sesuatu yang hebat dengan tajuk ini.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.