Pilihan Kami Tips

Mengenali Permainan The Legend of Zelda: Breath of the Wild

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Nintendo telah menghasilkan konsol hibrid baru bertujuan untuk merapatkan jurang di antara rumah dan di luar rumah, pejabat contohnya.

Jika ada sebab utama untuk anda memiliki Nintendo Switch, pastikan ianya adalah kerana Zelda.

Baca di sini untuk mengetahui pra-ulasan Legend of Zelda: Breath of the Wild

Legend of Zelda: Breath of the Wild adalah berbaloi untuk dibeli. Nintendo telah menghasilkan karya yang begitu baik sekali dengan menggunakan platform RPG.

Selepas anda bermain, ianya akan mewujudkan ketagihan kerana ianya telah direka dengan baik dan anda akan mengenang semula nostalgia siri Legend of Zelda terdahulu sambil bergenang air mata kerana terharu.

Penceritaan

Pada masa dahulu, kaum Hyrule hidup bersama-sama dalam suasana harmoni, aura biru daripada Sheikah telah menyediakan suasana aman dan damai kepada semua orang dimana mereka mendapat manfaat daripada teknologi canggih Sheikah ini.

Semuanya berakhir apabila binatang yang digelar Calamity Ganon muncul. Watak sang hero dan si puteri cuba untuk menghentikan kejahatan Calamity Ganon, tetapi mereka akhirnya gagal.

Wujud sekumpulan askar yang diasaskan oleh Sheikah dan mereka ingin mengunci Calamity Ganon ke dalam Istana Hyrule.

Setelah masa berlalu, seorang watak yang diberi nama Link terjaga dari tidur yang panjang kerana suara wanita misteri telah mengejutkan beliau lalu memimpinnya kepada kerajaan Hyrule yang kini sudah musnah.

Link bertemu dengan seorang lelaki tua dan mendapat tahu bahawa Calamity Ganon telah dikurung dalam Castle Hyrule selama seratus tahun.

Walaupun terperangkap, Calamity Ganon terus meningkatkan kuasanya, dan Link mesti mengalahkan sebelum ia bebas dan memusnahkan dunia.

Cara bermain

The Legend of Zelda: Breath of the Wild, ia mempunyai persekitaran dunia terbuka 12 kali lebih besar daripada Overworld dalam Twilight Princess. Oleh itu bersiap-sedialah anda menerokai platform dunia terbuka dengan hampir tiada batasan.

Sama seperti permainan asal The Legend of Zelda, pemain itu diletakkan ke dalam dunia permainan dengan arahan yang minimalis, dan dibenarkan untuk meneroka dengan bebas sepuas hati anda.

Pemain mengawal Link, yang boleh melompat dan memanjat hampir mana-mana permukaan, dan boleh mencari pelbagai barangan di dunia, termasuk senjata, perisai, pakaian, dan makanan yang boleh dimasak dan dimakan untuk memulihkan kesihatan.

Senjata akan automatik terpecah selepas penggunaan yang berlebihan, namun mempunyai pelbagai kegunaan seperti contoh, dahan pokok boleh digunakan untuk menyalakan api, dan perisai boleh digunakan sebagai papan luncur salji sementara. — hebatnya

Sepanjang permainan, Link memiliki teknologi dikenali sebagai Sheikah Slate, yang menyediakan pemain dengan peta dan membolehkan Link untuk mewujudkan titik laluan dan menyiasat statistik musuh.

Dengan pelbagai Runes yang boleh dijumpai, anda boleh menaik taraf pelbagai kuasa, termasuk membuat bom, mengawal objek magnet, dan menghentikan masa.

Apa lagi, jika anda sudah memiliki permainan ini kongsikan pengalaman anda bermain permainan ini bersama kami!

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.