Pilihan Kami Ulasan

Mengenali Teknikal Horizon Zero Dawn

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Tempoh hari lepas kami sudah membincangkan tentang sedikit penceritaan tentang permainan ini.

Baca di sini untuk mengetahui tentang pra-ulasan Horizon : Zero Dawn

Baca di sini untuk mengetahui tentang cara permainan Horizon : Zero Dawn

Kali ini kami akan cuba membincangkan tentang aspek teknikal dalam permainan Horizon : Zero Dawn

Membuat umpanan dan menyerang secara senyap

Kedua-dua kemahiran adalah penting dalam awal pemainan. Anda diperlukan untuk menyerang secara senyap yakni menyelinap pada robot yang lebih kecil seperti grazers, dan membolehkan anda dengan serta-merta membunuh mereka selagi mereka tidak mengetahui kehadiran anda.

Digabungkan dengan kemahiran umpanan, anda perlu menggunakan wisel dan memanggil mesin yang paling dekat dengan tempat anda bersembunyi.

Ikon kecil di atas kepala musuh

Jika robot yang tidak mempunyai ikon ‘?’ atau ‘!’ di atas kepalanya, ia tidak dapat melihat anda.

Anda boleh secara diam-diam membunuh binatang ini sementara mereka sedang melawan dengan sesama yang lain dengan memanjat di belakang mereka dan menusuk lembing anda ke leher mereka.

Anda juga boleh diam-diam membunuh musuh apabila mereka berada dalam amaran kuning, tetapi apabila ia bertukar merah, lebih baik cari tempat untuk bersembunyi.

Pungut kesemua barang hasil pembunuhan dengan cepat

Musuh akan menjatuhkan barang-barang selepas anda mengalahkan merek, Anda perlu cuba untuk merebut semua yang anda boleh kumpulkan dan kraf ia menjadi barang yang berguna.

Jangan lupa untuk menembak babi, musang, rakun, arnab dan ayam belanda, dan mengumpul segala tumbuh-tumbuhan yang anda cari.

Mengambil-alih Robot Sebagai Rakan Perjuangan

Anda akan mendapat keupayaan Override selepas beberapa waktu tertentu, keupayaan ini membolehkan anda untuk menggodam ke dalam sistem robot dan menjadikan mereka sekutu anda untuk sementara waktu.

Anda juga boleh mengambil alih Chargers atau Striders lalu menunggang mereka.

Lebih besar lagi, anda akan menemui lebih banyak kawah besar, penjara yang berteknologi tinggi dimana ianya akan membuka arahan tambahan supaya anda boleh mengawal makhluk yang lebih besar.

Membeli gajet hebat daripada peniaga

Dalam Horizon, anda tidak akan menjumpai senjata dalam peti harta karun atau di dalam pengembaraan – ianya berlaku tapi sangat jarang.

Maksudnya, anda perlu membeli senjata dari peniaga. Vendor dalam kawasan tertentu cenderung untuk mempunyai banyak barangan yang sama, tetapi apabila anda pergi ke kawasan baru, pastikan untuk membelek barangan mereka dan mengambil beberapa senjata baru atau perisai.

   

Ia adalah satu langkah bijak untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis setiap senjata dan ia juga boleh dinaik taraf ke senjata yang lebih baik dengan cepat supaya anda boleh bersedia untuk musuh-musuh pada peringkat yang lebih tinggi

Isi meter status sehingga ke garisan putih

Banyak musuh mempunyai kelemahan kepada api, ais, elemen kejutan, dan kesan yang lain, tetapi ia tidak cukup untuk hanya menggunakan musuh sekali dengan kebolehan ini.

Dengan berbuat demikian ini akan menyebabkan meter bulat muncul di atas kepala mereka dengan unsur masing-masing, tetapi untuk melakukan kerosakan sebenar kepada mereka, anda perlu terus memukul mereka dengan serangan yang sama sehingga meter mengisi semua.

Dapatkan barangan percuma apabila bertemu dengan peniaga

Jangan terlalu kelam kabut untuk membeli semua barangan yang ada yang dijual oleh peniaga.

Setiap peniaga yang anda jumpa akan memberikan anda peti harta karun secara percuma. Maka bertegurlah anda dengan mereka.

Cuba anda lihat senarai mereka sehingga jumpa perkataan ‘Treasure Boxes’ dan mereka akan menawarkan anda barangan secara percuma tanpa ada apa-apa helah. Kandungan peti itu diberikan secara rawak tetapi ianya boleh menolong anda untuk mencipta kraftangan.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.