Ulasan

Menghuru-harakan Bilik Pembedahan Dengan Surgeon Simulator

Diolah oleh hang92

Dan kini anda boleh berangan untuk menjadi pakar bedah seperti di dalam drama Grey’s Anatomy!

Pembedahan adalah aktiviti yang merumitkan dimana anda perlu menggunakan alatan pembedahan untuk membuang bahagian anatomi daripada pesakit dengan keadaan yang paling berhati-hati.

Surgeon Simulator : Permainan yang dibikin oleh Bossa Studios menyediakan suatu pengalaman realiti kepada anda untuk melakukan pembedahan.

Yang menariknya proses pembedahan ini tidak memerlukan anda untuk menunggu mensterilkan alatan dan anda boleh teruskan memulakan pembedahan dengan segera.

Anda diberi banyak alat untuk mencabut gigi, memindahkan bola mata, menghancurkan tulang rusuk, dan banyak lagi. Permainan ini juga didatangkan dengan mod yang berbeza untuk menukar pengalaman yang seperti bekerja dalam gelap atau tanpa graviti.

PS VR adalah alat yang diperlukan sebagai ‘lesen doktor’ akademik untuk anda berlagak seperti pakar bedah dalam permainan ini. Selamat membedah!

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.