Tips

Menunggang Motosikal Dengan Bergaya Menggunakan Helmet NECA Master Chief

Diolah oleh hang92

Terima kasih kepada syarikat NECA kerana tidak melupakan bahawa ada juga pemain di dunia ini khususnya di Malaysia yang menggunakan motosikal sebagai tunggangan harian ke tempat kerja dan surau di taman.

Sebagai pengguna Xbox daripada dahulu, siapa yang tidak kenal dengan watak Master Chief iaitu hero utama dalam permainan Halo. Helmet yang dipakai oleh Master Chief ataupun John-117 semasa di dalam pertempuran akan sentiasa menjadi tanda pengenalan kepada askar dalam siri francasi Halo ini.

Image result for NECA Master Chief Motorcycle Helmet

Kami berharap helmet ini benar-benar digunakan untuk menunggang motosikal, dan bukannya sekadar ingin memenuhkan kriteria kostum semasa persidangan yang mempunyai pertandingan ‘cosplay’ atau sekadar ingin menggantikan songkok anda semasa hari raya.

Helmet ini boleh dibeli di atas talian pada laman web Amazon dengan harga USD 579.88 (~RM 2487.00)

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.