Berita

Metal Gear Solid 5: Kemas Kini Terbaru Akan Datang Sekitar Ogos Ini

metal-gear-solid-iv-the-phantom-pain
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Kemas kini terbaru Metal Gear Solid V: Phantom Pain telah didedahkan. Konami menambah beberapa pakaian baru, cara baru untuk menggunakan Wormhole Generator, dan Revolver Ocelot untuk mod FOB permainan.

Kemas kini ini akan menampilkan penambahan Revolver Ocelot. Pemain kini boleh mengawal bos MGS yang terkenal untuk menyusup masuk ke Forward Operating Bases pemain lain.

ocelot

Menurut Konami, Ocelot tidak boleh diubahsuai, tetapi akan mempunyai beberapa kelebihan: penyamaran (camouflage) yang lebih baik dan lebih cepat dalam penggunaan senjata (mengganti peluru dan megeluarkan senjata). Di samping itu, Ocelot boleh menggunakan dua pistol dan menggunakan peluru ricochet pada musuh yang ditandakan.

Kemas kini ini juga dilengkapi dengan beberapa pakaian renang baru untuk kakitangan FOB, dan mereka boleh memakainya semasa mempertahankan pangkalan pemain atau melakukan serangan. Tentera Diamond Dog mendapat dua pakaian baru, kedua-duanya meningkatkan kelajuan pergerakan.

Akhir sekali, Wormhole Generator akan menerima ciri-ciri baru yang menjadikannya lebih berguna. Grade 9 Generator kini boleh mengeluarkan pemain secara automatik apabila mereka mengalami situasi kritikal. Ia juga tidak boleh digerakkan selepas diletakkan, tetapi ianya lebih sukar untuk dimusnahkan.

Blog Konami menyatakan bahawa kemas kini ini dijadualkan akan boleh dimuat turun sekitar 1 Ogos. Ini adalah kemasukan kemas kini pertama selepas satu tempoh yang agak lama; kemas kini terakhir yang diterbitkan oleh Konami adalah pada Ogos 2016.

Sumber: GameSpot

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.