Berita

Metal Gear Survive: Tarikh Hadir Ke Pasaran Sudah Disahkan

Metal Gear Survive
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Konami telah mengumumkan tarikh untuk permainan Metal Gear Survive yang akan datang.

Permainan ini akan dilancarkan di Amerika Utara pada 20 Februari, di Eropah pada 22 Februari, dan di Jepun pada 21 Februari.

Metal Gear Survive akan berlatarbelakangkan dunia yang berbeza tetapi adalah rentetan daripada Metal Gear Solid 5: Ground Zeroes,  sekumpulan tentera Mother Base yang cuba bertahan di tengah-tengah ancaman zombi. Ciri permainan akan mempunyai survival mechanics dan cooperative multiplayer.

Day One Edition yang percuma akan merangkumi empat senjata bersadur emas, dua gerak isyarat tambahan, cat wajah “Kabuki”, kotak aksesori “The Orange”  dan plat nama Base Mother.

Digital Deluxe Edition akan dilengkapi dengan soundtrack digital, aksesori kepala Cyborg Ninja, isyarat dan pas premium tujuh hari.

Di samping pengumuman ini, kita juga diperlihatkan dengan beberapa tangkapan skrin terbaru, karya seni dan kotak rasmi, yang boleh anda lihat di bawah.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.