Berita

Microsoft Mengeluarkan Video Rasmi Nyahkotak Tiga Alat Kawalan Terbaru Bagi Xbox One

Diolah oleh hang92

Microsoft baru sahaja melancarkan video nyahkotak untuk 3 pengawal terbaru mereka iaitu Patrol Tech Special Edition, Green/Grey dan Volcano Shadow Special Edition.

Jika anda pernah menonton apa-apa video nyahkotak sebelum ini, anda terpaksa menunggu untuk pengacara memotong kotak dengan pisau, gunting, dan pelbagai cara yang boleh melambatkan proses nyahkotak dan seterusnya mengurangkan rasa teruja pada kita.

Tetapi untuk video Microsoft kali ini, anda akan bersama dengan Pengurus Komuniti Xbox, Josh Stein dan Nicole Fawcette dimana mereka akan membuka kotak, mengambil keluar pengawal dan itu sahaja. Tiada apa-apa gimik diperlukan.

Untuk pengetahuan anda, pengawal ini boleh digunakan dengan Xbox One, Xbox One S, Xbox One X dan juga Windows 10 PC.

Ketiga-tiga pengawal ini sebenarnya sudah diumumkan sejak minggu lepas, bagi alat kawalan kelabu nada ia akan dijual sekitar ~ RM 278.22 (USD 64.99). Bagi pengawal edisi khas Patrol Tech dan Volcano Shadow pula ia akan dijual sekitar ~ RM 299.63 (USD 69.99).

Jika anda tidak menyukai rekabentuk terbaru daripada Xbox ini, anda juga boleh menempah rekabentuk pengawal mengikut citarasa anda sendiri di Xbox Design Lab

Jadi, jika anda seorang peminat siri konsol Xbox, adakah anda akan menjadi orang pertama yang akan memiliki alat kawalan terbaru dari pihak Microsoft ini?

Kongsikan pendapat anda bersama kami diruangan komen. Segala pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.