Berita

Microsoft: PS4 Pro Pesaing Xbox One S, Bukan Xbox One X; Juga Mempertahankan Harga Jualan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Semasa acara E3 tahun ini, Microsoft melancarkan konsol terbaru, Xbox One X. Walaupun pelancaran ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan – ianya mendapat sambutan dengan pelbagai reaksi dan pendapat.

Ramai yang tertanya-tanya adakah konsol ini berbaloi dengan perbezaan harga sebanyak USD100 (RM425.42 – tukaran terus) dengan PS4 Pro – memandangkan hakikat bahawa kedua-dua konsol boleh memainkan permainan terkini dengan keputusan grafik yang lebih kurang sama.

Eksekutif Microsoft, Dave McCarthy, mempertahankan harga Xbox One X, dengan meyakinkan pembeli bahawa ciri-ciri perkakasan konsol Xbox One X adalah berbaloi dengan tanda harga USD499.00 (RM 2128.00 – tukaran terus.)

Setakat yang saya tahu, tiada konsol yang menawarkan gabungan kuasa dan prestasi dengan harga yang yang kami tawarkan sekarang [dengan Xbox One X]. Jika saya ingin membuat perbandingan atas keupayaan dengan 6 teraflops dan RAM tambahan, permainan 4K yang asli,  lebih 8 juta piksel; anda mendapat HDR, sokongan audio dengan Dolby Atmos. Saya akan membuat perbandingan ini dengan PC dari segi keupayaan. “katanya.

Jurucakap Microsoft berpendapat bahawa harga yang ditetapkan adalah sangat baik memandangkan “ia adalah satu peranti premium yang indah dari segi keupayaannya untuk beroperasi.

Sementara itu, Ketua Xbox, Phil Spencer memberitahu Eurogamer dalam satu temu bual, “Saya melihat PS4 Pro adalah pesaing kepada Xbox One S berbanding Xbox One X. Ini adalah satu konsol 4K asli. Jika anda melihat spesifikasi konsol ini, ia berada di liga yang berbeza daripada mana-mana konsol lain di luar sana.

Setakat ini Sony masih tidak mengulas mengenai komen Microsoft mengenai PS4 Pro dan Xbox One X.

Xbox One X akan berada di pasaran pada 7 November 2017 dengan tanda harga USD499 (RM 2128.00 – tukaran terus.)

Sumber : gameranxextremetech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.