Berita

Microsoft Tidak Lagi Menjual Xbox One Yang Asal

Xbox-One
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Microsoft telah berhenti menjual konsol Xbox One di AS dan UK. Secara teknikalnya, ia disenaraikan sebagai “habis dijual” di Microsoft Store dan malahan tidak muncul dalam carian untuk sistem Xbox. Nampaknya versi asal konsol yang dilancarkan pada November 2013 akhirnya telah bersara.

Beberapa bulan selepas dihentikan daripada pembuatan, Microsoft secara rasmi telah menghentikan daripada menjual model asal Xbox One, menurut Kotaku UK.

Xbox-One

Ini bermakna, pada masa hadapan, Xbox One S dan Xbox One X yang akan datang akan menjadi pilihan utama untuk pemilik Xbox.

Sekiranya anda masih mempunyai Xbox One asal anda dari tahun 2013, tahniah – anda kini mempunyai barangan pengumpul!

Sumber: TechRadar

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Xbox One X Project Scorpio Telah Dibuka Untuk Pra Tempahan

Kemas Kini Xbox One Akan Datang Memperkenalkan Microsoft Fluent Design

Aplikasi Spotify Untuk Xbox One Kini Tersedia Untuk Muat Turun

Lebih Daripada 100 Permainan Bakal Dipertingkatkan Untuk Xbox One X

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia