Berita

Microsoft Tidak Membuat Sebarang Keuntungan Dengan Harga Jualan Xbox One X

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Seperti yang anda tahu Xbox One X (dahulunya Project Scorpio) akan datang dengan tanda harga USD499 (RM 2128 – tukaran terus).

Kini, ketua Xbox, Phil Spencer, telah mendedahkan bahawa Microsoft tidak akan membuat apa-apa keuntungan daripada penjualan Xbox One X pada harga ini.

Ketika bercakap dengan Business Insider, Spencer memberikan jawapan yang ringkas “tidak” kepada soalan mengenai sama ada  Microsoft akan membuat keuntungan atau tidak dengan penjualan Xbox One X.

Walaupun ia kelihatan kaunter-intuitif (tidak rasional) untuk menjual produk yang tidak menghasilkan apa-apa keuntungan, Spencer yakin ini akan menjadi satu keputusan perniagaan yang sangat positif.

Mungkin di dalam perancangan Microsoft, Xbox One X adalah medium untuk penghasilan lebih banyak jualan di bahagian lain, seperti peralatan tambahan, permainan, dan perkhidmatan (seperti Game Pass atau Xbox Live Gold). Spencer menjelaskan perkara ini:

Saya tidak mahu membicarakan dalam bentuk angka, tetapi untuk kesuluruhan anda perlu berfikir penjualan konsol semata-mata bukanlah satu strategi untuk menambah keuntungan. Bahagian yang akan mendatangkan keuntungan adalah dari segi penjualan permainan.

Hakikat bahawa Microsoft tidak membuat keuntungan pada Xbox One X, walaupun dengan tanda harga USD499 (RM 2128 – tukaran terus) adalah tidak menghairankan memandangkan perkakasan yang terdapat di dalam konsol itu sememangnya mengagumkan. Seperti yang telah dinyatakan beberapa kali sebelum ini, Xbox One X sememangnya konsol yang paling berkuasa di pasaran.

Malah, ramai pemain permainan video berpendapat bahawa konsol Xbox One (iaitu Xbox One S dan Xbox One X) adalah antara pemain Blu-ray 4K antara yang termurah di pasaran.

Dan kerana peranti ini bukan setakat hanya untuk memainkan video Blu-ray –  ia juga adalah satu peranti permainan video dengan kuasa pengkomputeran yang tinggi dan penyimpanan ruang yang besar – maka tidak hairan jika tiada apa-apa keuntungan yang datang dengan jualan Xbox One X.

Mungkin bagi Microsoft, penghasilan Xbox One X adalah untuk mendahului para pesaing di dalam industri permainan video. Pada masa ini, mungkin masih ramai yang tidak memiliki televisyen 4K.

Walau bagaimanapun, dengan harga 4K TV yang menurun jika dibandingkan dengan harga sebelum-sebelum ini, ia seolah-olah masa yang tepat untuk Xbox memanfaatkan peralihan ke arah permainan 4K.

Sumber : GameRant

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Microsoft: PS4 Pro Pesaing Xbox One S, Bukan Xbox One X; Juga Mempertahankan Harga Jualan

Xbox One X: Akan Dijual Dengan Harga RM 2128

Xbox One X: Nama Rasmi Untuk Konsol Project Scorpio Microsoft

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.