Berita

Middle-earth : Shadow of War – Saksikan Cara Permainan Dari IGN

Diolah oleh hang92

Permainan terbaru daripada Monolith Production, Middle-earth : Shadow of War hanya beberapa bulan lagi untuk dilancarkan. 

Ini bermaksud bahawa kita mula akan melihat video cara permainan secara kerap diterbitkan di Youtube. Salah satu video terbaru cara permainan ini adalah daripada IGN.

Video ini memaparkan cara membunuh yang berbeza dan juga pertempuran yang kejam seperti sama seperti permainan francais sebelum ini iaitu Shadow of Mordor.

Kami tidak sabar untuk melihat bagaimana hasilnya apabila sekuel ini akan keluar.

Jadi apa kata anda, adakah anda akan membeli permainan ini kerana anda merupakan peminat siri Lord of The Ring?

Jika anda terlepas treler permainan Middle-earth : Shadow of War ini, anda boleh saksikan di bawah.

Permainan ini boleh didapati pada platform PlayStation 4, Xbox One dan Microsoft Windows

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.