Berita

Mighty Gunvolt Burst: Akan Menemui Peminat Pada Minggu Ini

Diolah oleh Along Naz

Nintendo Amerika mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa permainan Mighty Gunvolt Burst akan berada di eShop Nintendo Switch pada minggu ini.

“Inti Creates mengambil inisiatif untuk menyiapkan projek terkini iaitu siri Mighty Gunvolt yang mana permainan ini akan menampilkan watak dari pelbagai cakerawala. Gunvolt (Azure Striker Gunvolt) dan juga Beck (Mighty No. 9) memainkan peranannya sekali lagi, tetapi dalam suasana persekitaran yang lebih mencabar, lebih hebat dan memberi perspektif berbeza untuk pemain untuk siri ini”. Ujar wakil Inti Creates mengenai permainan ini setelah sekual Mighty Gunvolt berada di pasaran semenjak 2014.

Image result for Mighty Gunvolt Burst

Tambahnya lagi, sistem permainan ini telah disusun semula sepenuhnya dan banyak lagi penambahan lain termasuk sistem pengkhususan karektor yang membolehkan anda membentuk karektor anda mengikut kehendak anda sendiri. Biarkan hero anda menjadi yang terbaik untuk anda.

Bukan itu sahaja, sistem Combo Burst yang baru ini juga memberikan anda banyak ganjaran untuk menewaskan musuh- musuh termasuk ketua- ketua mereka apabila anda menghampiri salah satu daripada banyak barang atau kawasan yang tersembunyi di dalam permainan ini.

Apa yang menarik lagi, paparan grafik piksel klasik juga telah dibina semula sepenuhnya untuk mengaburkan garisan di antara 8 bit dan 16 bit. Ia membawa anda kembali ke zaman kegemilangan untuk permainan aksi 2D.

sumber: mynintendonews

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.