Berita

Mike Begum : Pemain Yang Menggunakan Mukanya Untuk Bermain, Dan Beliau Sangat Hebat

Diolah oleh hang92

Mike Begum merupakan salah seorang pemain Street Fighter yang terbaik di dalam dunia.

Dan beliau tidak memerlukan tangan untuk melakukannya.

Dilahirkan dengan arthrogryposis, Mike dilahirkan dengan pembentukan otot yang terhad, oleh kerana minat yang mendalam terhadap permainan konsol dia mengambil keputusan untuk bermain permainan dengan menggunakan mukanya.

Pemain berusia 28 tahun dari Texas, yang lebih dikenali sebagai BrolyLegs, menggemari watak Chun-Li sebagai karekter berlawan beliau di dalam permainan Ultra Street Fighter IV dan selalunya beliau pasti akan menang dengan mana-mana seteru sekalipun.

Beliau merupakan salah seorang daripada 33 juta pemain kurang upaya di Amerika Syarikat yang telah menemui cara untuk berkembang maju dalam persaingan pada permainan konsol hari ini.

Menurut beliau, seorang pemain yang hebat tidak memerlukan pengawal atau aksesori yang canggih dan mahal cuma mereka hanya perlu bergerak lebih cepat dan memerlukan tindakbalas yang laju.

Pemain seperti Begum tidak keseorangan. Organisasi antarabangsa seperti pertubuhan AbleGamers diwujudkan untuk membantu orang kurang upaya untuk berkongsi pengalaman baru melalui permainan video.

Menurut satu kajian yang dilakukan pada 2008, permainan video ini mendatangkan kegembiraan terhadap kehidupan bagi mereka yang tidak berupaya meninggalkan rumah mereka, permainan adalah satu cara untuk meneroka dan mengembara tanpa keluar dari rumah.

Permainan video juga menawarkan peluang untuk pemain untuk berada di sebuah arena permainan yang sama, tanpa mengira keupayaan seseorang. Kerana itulah salah satu sebab Street Fighter menarik minat Mike Begum.

Pemain lain akan keliru melihat Mike Begum menjadi seteru mereka setelah dipadankan tetapi kemudian erti penyesalan mula timbul apabila perlawanan dengan Mike sudah bermula.

Mike, yang bermula dengan permainan Nintendo Super Mario Bros 3, mengubah susun atur butang pada pengawal kesayangan beliau dengan gaya permainannya yang tersendiri.

Apabila beliau bermain pada pengawal Xbox 360, beliau meletakkan pipi kirinya di atas kayu analog dan menekan butang dengan lidahnya pada dinding pipi kanannya. Begum merasakan dia mempunyai kelebihan bermain dengan mukanya.

Ada batasan sebenarnya, beliau tidak boleh mencapai butang dari muka pengawal, untuk bermain permainan yang bercirikan FPS atau RPG adalah hampir mustahil. Seperti contoh, apabila dia bermain Super Smash Bros, Begum tidak boleh mengelak, bertahan atau berlawan, kerana semua butang tersebut ada pada bahu pengawal.

Namun walaupun berdepan dengan masalah ini, beliau mendapat tempat keempat pada suatu kejohanan di Dallas, bermain sepenuhnya kepada dengan taktik bertahan.

sumber : cnet

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

© 2017 Konsol Medium Ent.