Berita

Minecraft : Kini Boleh Didapati di Nintendo Switch

Diolah oleh Along Naz

Pengumuman mengejutkan pada minggu ini daripada Microsoft terarah kepada pendedahan permainan Minecraft- permainan yang telah menjana pendapatan sebanyak USD2.5 Billion untuk beberapa tahun sebelum ini, dan kini sudah dilancarkan di Nintendo Switch.

Menurut Microsoft, permainan baru ini akan merangkumi ciri- ciri yang sama dalam versi konsol termasuk permainan mini berbilang pemain, Battle and Tumble.

Mengambil ‘kesempatan’ di atas kebolehan Switch, permainan ini membolehkan lapan orang pemain bermain bersama secara dalam talian atau main secara offline jika semua pemain mempunyai Switch; atau boleh bermain bersama sehingga empat pemain dalam pandangan split-screen di TV untuk satu konsol.

Image result for minecraft nintendo switch

Pemain juga boleh menggunakan peranti kickstand untuk bermain dalam mod tabletop sekiranya tidak menpunyai TV, yang mana ianya juga menyokong sehingga empat pemain melalui mod split-screen. Dan pemain juga boleh menggunakan sama ada Joy-Cons atau Pro Controller, bergantung pada keutamaan para pemain.

Disebabkan Switch ini bersifat mudah alih, anda boleh bawa dan bermain di mana- mana. Microsoft juga memberi jaminan permainan ini beresolusi tinggi- 60fps & 720p. Tidak kira sama ada anda bermain TV pada layar besar atau dalam mod handheld.

Image result for minecraft nintendo switch

Dalam edisi permainan Minecraft, Microsoft juga memperkenalkan Super Mario Mash- Up Pack. Ini termasuk juga Mario- bermain dalam dunia cendawan, mengunyah tumbuhan, dan kewujudan paip-paip ikonik, serta muzik Mario.

Terdapat juga kandungan Super Mario 64 yang merangkumi 40 watak daripada permainan Mario, termasuk Princess Peach, Toad, Yoshi, Koopalings, Wario, dan lain-lain.

Minecraft versi Nintendo Switch ini menambah beberapa tambahan ‘dunia’ Mario , seperti Chinese Mythology, Halloween, Festive and Greek Mythology ditambah lebih banyak latar belakang lain termasuk Redstone Specialists, Multiple Battle dan kumpulan Beast, dan dua daripada kumpulan Festive.

Dalam pelancarannya permainan ini minggu ini, Microsoft menjelaskan ianya hanya didapati dalam Nintendo eShop di Amerika Utara seterusnya di pasaran Eropah dan juga di Jepun.

sumber : techcrunch

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.