Imbasan

MIRROR’S EDGE : CATALYST – BERLARI BEBAS DENGAN PARKOUR

Diolah oleh Along Naz

Tahukah anda, jika seseorang berlari, badan akan membebaskan endorfin yang akan membuatkan dia gembira?

Anda mempunyai kemahiran sebagai pelari bebas, bergerak mengikut takdir, berjuang hanya untuk kebebasan di dalam bandar Glass — sebuah bandar yang elegan, bandar yang berteknologi tinggi, tetapi itu hanyalah daripada luaran sahaja, banyak perkara yang disembunyikan.

Untuk permainan ini, jelajah setiap lorong, setiap sudut dari tempat setinggi- tinggi di atas bumbung sehingga di bawah corong terowong gelap yang berada di bawah jalan. Bandar ini terlalu besar, anda bebas bergerak di mana- mana sahaja di dalam permainan ini.

Melalui perspektif orang pertama, gabungkan pergerakan dan  teknik bertempur dengan persekitaran kawasan bandar untuk meningkatkan kepakaran mengenai persekitaran serta dapat mendedahkan konspirasi yang berlaku. Ini adalah Mirror’s Edge untuk generasi ini.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.