Berita

Mod Pemain Berbilang Uncharted 4: A Thief’s End Juga Akan Mendapat Kemaskini Uncharted: The Lost Legacy

Diolah oleh hang92

Hari ini Naughty Dog dan Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa mod pemain berbilang, multiplayer untuk permainan Uncharted 4: A Thief’s End‘s akan menerima kemaskini pada 22 Ogos ini, tarikh yang sama dengan pelancaran Uncharted: The Lost Legacy.

Kemaskini ini termasuk pakaian baru untuk Chloe dan Nadine di dalam mod pemain berbilang, yang membawa pakaian mereka daripada Uncharted: The Lost Legacy, dan juga kita boleh mendapatkan watak Asav sebagai watak yang boleh digunakan di dalam mod pemain berbilang tersebut.

Kemaskini terbaru ini juga akan memasukkan mod permainan terbaru yang dinamakan Survival Arena, menambah lebih daripada 100 jenis serangan musuh dan juga zon Siege terbaharu.

Selain itu, jika anda bermain dengan mod ini, anda juga berpeluang untuk menggunakan pakaian baru Savage Starlight Skeleton.

Sudah tentu tidak dapat dinafikan, kemaskini ini juga boleh dimainkan bagi sesiapa yang membeli DLC Uncharted iaitu Uncharted: The Lost Legacy, oleh itu, kemaskini terbaharu ini boleh dimainkan samada untuk pemain yang sudah membeli DLC atau kepada yang tidak mahu membeli DLC terbaru ini dalam server yang sama.

Dibawah, anda boleh saksikan treler untuk mod pemain berbilang ini.

Uncharted: The Lost Legacy akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Ogos ini, ekskulsif untuk PS4.

sumber: dualshockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Uncharted: The Lost Legacy Video Berdurasi 14 Minit Permainan Diperlihatkan

Filem Uncharted: Tom Holland Berkata Projek Filem Masih Lagi Diperbincangkan

Uncharted: The Lost Legacy Bukan Permainan Terakhir Siri Uncharted, Kata Naughty Dog

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia