Berita

Monopoly Gamer: Permainan Papan Monopoly Bertemakan Mario

Diolah oleh hang92

Hasbro telah mengumumkan pada hari ini bahawa permainan terbaru Monopoly yang bertemakan Mario akan dilancarkan pada Ogos ini bertajuk Monopoly Gamer. Permainan Monopoly ini bukanlah seperti permainan Monopoly terdahulu, cuma kali ini permainan ini akan didatangkan bersama token yang mempunyai keupayaan tersendiri, kuasa oleh setiap watak dan perlawanan di antara bos.

Image result for monopoly gamer

Permainan ini dimainkan seperti Monopoly biasa iaitu membaling dadu dan pemain perlu mengelilingi papan untuk membeli atau menggadaikan aset, cuma permainan ini telah dinaiktaraf dengan beberapa ciri yang telah disebutkan tadi sesuai dengan tema Mario yang digunakan.

Pemain boleh menggunakan watak seperti Mario, Yoshi, Peach dan Donkey Kong. Setiap watak mempunyai keunikan mereka yang tersendiri, dan keupayaan mereka akan diaktifkan apabila sampai di sesuatu petak.

Untuk lebih memahami cara permainan Monopoly Gamer ini dimainkan, kita saksikan video di bawah;

Hasbro telah menemui cara untuk mendekati pemain permainan video dengan mencipta permainan papan yang bertemakan Super Mario ini. Oleh itu, mungkin permainan ini akan menjadi permainan yang seronok apabila dimainkan bersama keluarga.

Jika anda merupakan seorang peminat Mario atau Nintendo, permainan papan ini sangat berbaloi untuk anda.

Monopoly Gamer boleh didapati pada Ogos ini dengan harga 24.99 USD (~ RM 107.00). Hasbro juga ada menjual set tambahan edisi pengumpul yang mengandungi watak Bowser dan kad Bowser Jr. Edisi pengumpul ini akan berharga 39.99 USD (~ RM170.00)

sumber: hardcoregamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.