Berita

Monster Hunter World: Sedutan Rakaman Permainan Diperlihatkan

monster-hunter-world
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Capcom mempamerkan rakaman permainan Monster Hunter: World di San Diego Comic-Con 2017 hujung minggu lalu, di mana kita telah mendapat sedikit gambaran mengenai aksi pertarungan senjata dan melihat bagaimana Signal Flare berfungsi.

Video bermula dengan Hunter menggunakan persekitarannya untuk melakukan lompatan serangan. Kita juga dapat melihat Signal Flare, yang digunakan untuk memanggil pemain lain untuk mendapatkan bantuan.

Selepas meminta bantuan, Hunter mendapat bantuan daripada Hunters lain yang menggunakan Hunting Horn, Switch Ax, dan Light Bowgun.

Seperti yang dinyatakan semasa pertunjukan demo ini, Light Bowgun dan Hunting Horn adalah lebih kepada senjata sokongan, manakala Gunlance dan Switch Axe adalah senjata utama yang mampu melukakan dan menoreh daging.

Monster Hunter: World akan dilancarkan pada awal tahun 2018 untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Manakala, versi PC akan dilancarkan kemudian.

Sumber: Siliconera

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia