Berita

MOTOGP 17 : Akan tiba di pasaran pada 11 Julai

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Penerbit permainan perlumbaan, Milestone telah mengumumkan siri MotoGP yang terbaru, MotoGP 17. Permainan ini akan berdasarkan musim 2017. Akan tiba di pasaran pada 11 Julai untuk platfrom PS4, Xbox One dan PC.

MotoGP 17 akan menampilkan semua pelumba untuk musim 2017, pasukan, dan trek, serta undang-undang baru dan juga akan memperkenalkan kejohanan Red Bull Rookies Cup. Milestone juga mengesahkan permainan boleh dimainkan pada 60fps buat kali pertama dalam siri MotoGP.

“Kami sedang berusaha keras untuk membuat MotoGP 17 bukan hanya permainan bermusim, tetapi permainan yang menyeronokkan yang penuh dengan inovasi seperti yang diminta peminat selama ini.” kata pereka utama Matteo Pezzotti dalam satu kenyataan.

Kami juga akan menawarkan permainan yang kompetitif dan mendebarkan untuk permainan atas talian. Mod kerjaya juga telah di rombak sepenuhnya dan pelbagai lagi.” katanya lagi.

Saya tidak mahu mendedahkan dengan terlalu banyak, tetapi saya boleh memberi jaminan bahawa anda akan melihat perkara-perkara yang menarik dalam beberapa bulan akan datang.

Sumber: ign

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.