Berita

MOTOGP 17 : Video Permainan Mod Kerjaya Telah Dipertontonkan

Diolah oleh Konsol

Semua pihak telah sedia maklum bahawa permainan motogp 17 akan dilancarkan pada 11 julai ini.

Dari apa yang telah dikongsikan oleh pihak Milestone sebelum ini, kami dapat rasakan yang permainan ini bakal menjadi fenomena apabila dilancarkan kelak.

Mana tidaknya, terlalu banyak penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pengeluar terhadap siri permainan ini bagi tahun 2017.

Salah satu penambahbaikan yang tidak terdapat pada mana-mana siri permainan MotoGP sebelum ini ialah, kebolehan memainkan permainan ini pada kadar 60fps.

Setelah pengumuman ini dibuat, ramai yang telah berkira-kira untuk memainkan permainan ini. Tidak kurang juga yang mengharapkan mereka memiliki Doraemon berserta mesin waktu untuk mempercepatkan masa hehe…

 

Tetapi jangan risau, mungkin mereka mendengar rintihan anda. Beberapa hari lalu, pihak pengeluar permainan ini Milestone telah berkongsi video trailer terbaru tentang permainan ini.

Di dalam trailer terbaru ini juga, mereka telah memperlihatkan Mod Kerjaya yang akan anda mainkan kelak dan dikenali sebagai Managerial Career Mode. (Merasa juga jadi pengurus)

Sebagai seorang pengurus, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pasukan perlumbaan anda.

Di antara tugas-tugas yang bakal anda pikul ketika memainkan Mod Kerjaya ini ialah dengan memilih jentera terbaik bagi pasukan anda, mencari penaja yang berkeupayaan, mencari bakat-bakat baru untuk dijadikan perlumba dan membantu pasukan penyelidikan dan pembangunan untuk menaik taraf pasukan anda. Menarikkan!

Jadi sambil-sambil kita menunggu permainan ini dilancarkan, apa kata kita tonton dahulu video trailer terbaru yang telah dikongsikan oleh Milestone. Selamat menonton 🙂

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.