Berita

MSI Membawa Keluar Pengawal Terbaru Force GC30 dan Force GC20 Untuk Konsol Dan PC

Diolah oleh hang92

MSI telah mengeluarkan satu siri baru pengawal Force yang dinamakan sebagai Force GC30 dan Force GC20, keduanya kami perhatikan agak serupa dengan pengawal keluaran Xbox One keluaran Microsoft. Kata MSI, pengawal ini sesuai untuk digunakan pada platform Windows, Android, dan “konsol permainan popular”

Pengawal GC30 dan GC20 kelihatan hampir sama, dengan perbezaan tipis daripada segi warna butang sahaja. Pengawal GC30 mempunyai butang X, Y, A, dan B yang berwarna dan lingkaran merah di sekeliling thumbstics dan D-pad, manakala pengawal GC20 pula mempunyai butang berwarna merah dan tiada warna merah pada di sekeliling thumbstics dan D-pad.

Pada laman web rasmi MSI tidak pula menyatakan maklumat secara terperinci mengenai pengawal ini dan harganya. Maka kami amat berdukacita kerana tidak menyampaikan maklumat penuh kepada anda. Dalam masa yang sama, dalam laporan oleh Hexus, mereka menyatakan bahawa perbezaan ketara diantara dua pengawal ini adalah GC20 menggunakan kabel tetap untuk bermain manakala GC30 pula boleh dimainkan samada dengan menggunakan kabel atau tanpa kabel.

Pengawal terbaru daripada MSI ini juga mempunyai genggaman getah di kedua-kedua pemegang dan menggunakan sistem getaran kembar untuk maklumbalas haptik. Pengawal ini juga didatangkan dengan penutup / tudung / covers untuk butang 8-way-D-pad, dimana penutup ini digunakan secara magnetik.

MSI bercadang untuk melancarkan pengawal ini ke pasaran global sekurang-kurangnya sebelum hujung tahun ini, walaupun masih lagi tiada harga rasmi diumumkan.

sumber: PCgamer

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Pengawal Minecraft Bundle Untuk Xbox One S Sudah Boleh Dibeli Berasingan

Sony Telah Mendedahkan Pengawal DualShock 4 Berwarna Kristal Telus

Razer Wolverine Ultimate: Pengawal Terbaru Keluaran Razer Untuk Xbox One dan PC

Sony Telah Mengeluarkan Video Promosi Pengawal Nacon Revolution Pro 2 Eksklusif Untuk PS4

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.