Berita

Muat Turun Aplikasi Mass Effect : Andromeda Di Telefon Bimbit Anda

Diolah oleh hang92

Dalam beberapa hari lagi, permainan Mass Effect: Andromeda ini akan dilancarkan. — tazzabar

Setelah Mass Effect: Andromeda dilancarkan, kini anda tidak akan lagi mempunyai alasan seperti sibuk bekerja atau ada perlawanan futsal kerana tidak sempat menyudahkan misi APEX dalam masa yang terhad.

BioWare telah melancarkan aplikasi untuk permainan yang dipanggil APEX HQ, yang membolehkan pemain menguruskan Strike Teams dan pelbagai watak daripada peranti telefon bimbit anda.

Tunggu dulu, BioWare berkata ianya boleh didapati pada 20 Mac, bergantung kepada lokasi dan sistem operasi anda iaitu pada hari sehari sebelum pelancaran permainan ini.

Untuk pengetahuan anda, Mass Effect 3 juga mempunyai aplikasi sama pada keluaran lepas, walaupun sudah tiada orang yang menggunakannya kini lagi. – sedih tapi benar

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.