Berita

Muat Turun Permainan Fortnite Battle Royale Secara Percuma Sekarang Di PS4, PC Dan Xbox One

Diolah oleh Konsol

Tahun 2017 ini sememangnya ialah tahun dimana konsep permainan pertempuran secara berkelompok mendapat perhatian dan menjadi kegilaan kebanyakan pemain permainan video.

Lihat sahaja kepada kejayaan permainan Player Unknown Battle Ground (PUBG) yang telah dinobatkan sebagai permainan yang mempunyai pemain serentak paling ramai ketika ini. Ini semua sudah cukup untuk membuktikan bahawa permainan peperangan kelompok ini amat mendapat sambutan.

Kini, satu lagi permainan yang mempunyai ciri-ciri yang seumpama permainan Player Unknown Battle Ground (PUBG) boleh dimuat turun secara percuma. Permainan ini dikenali sebagai Fortnite Battle Royale.

Anda boleh memuat turun permainan ini secara percuma sejak semalam untuk dimainkan pada konsol Playstation 4 dan juga PC.

Selain daripada itu, pihak pengeluar permainan ini iaitu Epic Games telah memaklumkan bahawa mereka turut akan menawarkan permainan ini secara percuma bagi konsol Xbox One yang boleh dimuat turun bermula hari ini.

Apa yang membuatkan permainan Fortnite Battle Royale ini menarik kerana seramai 100 orang pemain akan diturunkan di suatu lokasi secara rawak. Seterusnya pemain perlulah bersaing antara sesama sendiri untuk menjadi orang terakhir yang masih bernyawa dikalangan 100 orang pemain yang diturunkan tadi. Bak kata orang putih, konsepnya sama seperti “last man standing”.

Permainan akan menjadi lebih rancak apabila lokasi permainan mengecil dari semasa ke semasa sehinggalah tiada tempat lagi untuk anda berlari jauh atau bersembunyi.

Jika bagi anda permainan Player Unknown Battle Ground (PUBG) adalah terlalu mainstream, permainan Fortnite Battle Royale inilah yang anda perlu mainkan. Ini kerana bukan sahaja permainan ini mempunyai ciri seumpama Player Unknown Battle Ground (PUBG), malah ia juga percuma untuk dimainkan 🙂

Anda boleh muat turunnya melalui di pautan ini, Fortnite Battle Royale Untuk PC

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.