Berita

MXGP3 : Kini Sudah Dilancarkan Ke Xbox One Dan PS4

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Milestone Studios telah melancarkan permainan perlumbaan motosikal lasak (motocross) MXGP3 hari ini di Eropah, dan hadir bersama dengan itu adalah pelancaran treler dan butiran Season Pass baru. Ia adalah siri ketiga permainan pelumbaan motosikal lasak ini, dengan mod kerjaya baru dikemaskini yang memperkenalkan pelbagai ciri-ciri baru.

Untuk berdiri di atas podium dan memenangi kejohanan dalam MXGP3, anda perlu berlumba di semua trek rasmi siri kejohanan 2016. Permainan ini akan menguji kemahiran anda dengan corak cuaca yang dinamik ketika perlumbaan sedang berlangsung.

Terdapat sepuluh model motosikal yang berbeza untuk dipilih, dan anda boleh membuat pengubahsuaian ke atas motosikal dan pelumba dengan lebih daripada 300 pilihan yang ada.

Mod kerjaya akan membolehkan anda bermula sebagai pelumba baru. Reputasi anda akan meningkat selepas setiap perlumbaan yang akan membantu anda untuk menjadi juara MXGP.

Buat masa ini, permainan ini hanya dilancarkan di Eropah untuk platform PS4, Xbox One dan juga PC dengan tanda harga USD 49.99 (RM 214.00 – tukaran terus.)

Sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.