Tips

Namco Bandai VR Zone Shinjuku, Jepun Memperkenalkan Permainan Simulator VR

Diolah oleh hang92

Pusat hiburan yang terletak di Shinjuku, Jepun, Namco Bandai VR ZONE bukan sahaja mempunyai koleksi permainan Neon Genesis, bahkan mereka juga mempunyai permainan seperti Mario Kart VR dan Dragon Ball Z VR.

Namco Bandai VR ZONE ini akan dibuka pada minggu hadapan. Selain itu terdapat juga permainan lain seperti memancing, mengayuh pedal, dan lain-lain.

Bagi yang sudah menempah tiket ke Tokyo, Jepun pada bulan hadapan dan masa akan datang, mungkin anda boleh singgah ke tempat ini untuk mengalami pengalaman yang berbeza.

Berapa tiket ke Tokyo eh sekarang ni kalau naik Airasia?

Saksikan video pengenalan di bawah;

sumber: kotaku

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.