Berita

Naughty Dog Cuba Menyogok RM 85,000 Untuk Menutup Kes Gangguan Seksual Pada Bekas Pekerja Mereka

Diolah oleh Konsol

Gangguan seksual ditempat kerja bukanlah sesuatu yang asing bagi kita walaupun di Malaysia ini. Acap kali kita terdengar perkara seperti ini. Apa yang lebih memeranjatkan, perkara seperti gangguan seksual ini tidak hanya berlaku pada mangsa wanita, bahkan mangsa lelaki juga sudah banyak kali kita dengar terlibat dengan gangguan seksual ini.

Terbaru, bekas pembangun permainan di salah satu studio pembikin permainan video terkenal dunia iaitu Naughty Dog telah mendedahkan bahawa beliau telah diganggu secara seksual ketika masih bersama studio terbabit.

Melalui akaun Twitter beliau, David Ballard salah seorang bekas pembangun permainan video di studio Naughty Dog berkata, gangguan seksual terhadap beliau telah berlaku sekitar tahun 2015 yang lepas. David Ballard sebagai mangsa telah pun cuba melaporkan perkara ini pada pihak atasan Sony Interactive Entertainment.

Walaubagaimanapun, hasrat David Ballard telah gagal kerana tidak berapa lama selepas beliau mengadu akan hal ini, beliau telah pun diletakkan jawatan atas alasan mereka tidak lagi memerlukan khidmat David Ballard kerana mereka mempunyai fokus yang berlainan bagi tahun 2016 dan akan datang.

Lebih memeranjatkan, David Ballard juga mendedahkan dimana pihak Sony Interactive Entertainment juga cuba untuk menyogok beliau dengan wang tunai berjumlah USD 20, 000 (~ RM 85,500) bagi tidak mendedahkan perkara ini pada mana-mana media.

Jadi benarkah perkara ini telah pun benar-benar berlaku? Baru-baru ini nampaknya pihak Naughty Dog telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi dimana mereka menafikan perkara ini sekeras-kerasnya. Pihak Naughty Dog juga menambah, jika perkara ini benar-benar berlaku, David Ballard perlulah mengemukakan bukti yang sahih dan bukan hanya pandai menuduh dengan status di Twitter.

Lepas ini, kita nantikan pula kenyataan balas David Ballard. Jika benar perkara ini berlaku, David Ballard perlulah mengemukan bukti dan jangan takut untuk terus mencari keadilan. Bak kata perpatah “berani kerana benar, takut kerana salah”.

Sumber: kotaku

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.