Ura-ura

NBA 2K18 – Bagi Peminat Bola Keranjang

Diolah oleh Along Naz

 

NBA 2K18 dijangka akan menemui peminat pada September 2017. Permainan ini ditujukan khas buat kelompok peminat bola keranjang yang amat ‘tergilakan’ sukan ini.

Permainan yang dibangunkan oleh Visual Concepts ini memberi peluang kepada anda untuk membina pengaruh anda sendiri dan membina pasukan impian NBA anda.

Anda juga boleh berada di persada liga serta membuktikan anda adalah lawan yang terbaik dalam perlawanan dalam menentang pemain-pemain terbaik dunia.

Mendapat respon dan maklumbalas yang baik daripada pemain pada edisi NBA 2K17, kami membayangkan NBA 2K18 ini pasti tidak mengecewakan anda.

Sama- sama kita nantikan pelancarannya.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

Tarikh pelancaran : September 2017

Genre : Sukan

[tiada video sedutan acah rasmi sehingga artikel ini ditulis]