Berita

NBA Playgrounds : Menggabungkan Permainan NBA Jam dan NBA Streets!

Diolah oleh hang92

Permainan ini digayakan semula dengan kepada permainan bola keranjang gaya arked, seperti NBA Street dan NBA Jam.

Permainan ini turut dikeluarkan lesen secara rasmi oleh NBA, permainan ini mempunyai pemain yang masih aktif dan juga yang sudah bersara, seperti Allen Iverson akan cuba berlawan dengan pemain moden seperti Steph Curry dan George Hill seperti yang disaksikan dalam pembukaan treler.

NBA Playgrounds boleh dimainkan secara solo, berlawan dengan rakan sebelah anda, atau dengan pemain lain di atas talian.

Dibangunkan oleh syarikat Saber Interaktif, Ketua Pegawai Eksekutif Matt Karch berkata “permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja, namun ia masih mempunyai banyak rahsia lagi untuk menguasai permainan ini.”

Permainan bola keranjang kartun ala arked  ini boleh didapati di Nintendo Switch, PC, PS4 dan Xbox One dengan muat turun digital bermula Mei 2017 nanti.

sumber : ign

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia