Berita

NBA Playgrounds : Tarikh Pelancaran Rasmi Telah Diumumkan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

NBA Playgrounds, permainan baru bola keranjang 2-lawan-2 dalam gaya arked NBA Jam dan NBA Street, secara rasmi akan berada di pasaran pada minggu hadapan.

Pembangun permainan ini, Saber Interactive, telah mengumumkan bahawa NBA Playgrounds akan hadir ke platform Nintendo Switch, PS4, Xbox One, dan PC pada 9 Mei dengan tanda harga USD 19.99 (RM 86.30 – tukaran terus).

Secara rasminya dilesenkan oleh NBA, Playgrounds akan memperkenalkan bintang-bintang bola keranjang semasa dan yang sudah bersara seperti Allen Iverson, LeBron James, Steph Curry, dan Shaquille O’Neal.

Lebih ramai lagi pemain NBA yang boleh diperolehi di dalam permainan selaras dengan kemajuan anda di dalam permainan dan juga pergerakan individu pemain. Saber Interactive juga berjanji bahawa beratus-ratus lagi pemain NBA akan ditambah selepas pelancaran.

Playgrounds akan menampilkan mod pemain solo, local multiplayer, dan online multiplayer yang akan mempunyai pertandingan atas talian.

Sumber : ign

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.